Taman hiburan dan
taman tema ialah istilah yang digunakan untuk memaksudkan himpunan beraneka
tunggangan ria dan tarikan hiburan yang dihimpunkan untuk menghiburkan orang ramai. Taman hiburan dirancang lebih teliti berbanding taman awam atau
taman permainan yang biasa, kerana selalunya menyediakan tarikan yang memenuhi keperluan kanak-kanak, remaja dan dewasa.Taman tema berbeza dari taman hiburan kerana terdiri daripada bahagian-bahagian yang setiap satunya memakai satu tema. Setiap bahagian bercirikan idea bahawa suasana di dalamnya mengandungi seni bina, lanskap, kedai, tungganggan dan makanan yang menyokong tema tertentu. Gangguan visual dari bahagian lain atau dari luar taman tidak boleh diterima. Taman hiburan yang bertema satu tidak dikira sebagai taman tema, dan tunggangan ria di taman hiburan bukan tema selalunya tidak banyak diterapkan unsur tema atau rekabentuk tambahan. Taman tema asli ialah
Disneyland di
Anaheim, California. Taman hiburan berevolusi di Eropah dari
pesta dan
taman ria yang direka untuk tujuan
rekreasi orang ramai. Taman hiburan tertua di dunia ialah
Bakken yang dibuka pada tahun 1583, di Klampenborg, di utara
Copenhagen,
Denmark. Di Amerika Syarikat,
pameran dan eksposisi dunia menjadi salah satu pengaruh kepada perkembangan industri taman hiburan.
[1]Kebanyakan taman hiburan adalah bertapak tetap, berbeza dengan
taman ria dan
karnival yang bergerak dari tempat ke tempat. Jenis taman hiburan sementara ini lazimnya kelihatan selama beberapa hari atau minggu dalam setahun, seperti taman ria di United Kingdom, dan karnival (yang dipasang di ruangan kosong atau tempat letak kereta) dan
pesta (yang diadakan di tapak pesta) di Amerika Syarikat. Kesementaraan pesta ini boleh menimbulkan suasana seolah-olah berada dalam tempat atau zaman yang berlainan.